“Sy pernah jadi Mekanik..” Nissa Sabyan Ded4hkan Sebelum Masuk Dunia Seni, Buat Ramai Tak Percaya.

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan anggota kumpulan Sabyan Gambus, Nissa Sabyan, mendedahkan sebelum memasuki dunia seni, dia pernah bekerja sebagai seorang mekanik di sebuah bengkel kereta gara-gara sukar mencari pekerjaan sebelum ini.

Menurut Nissa atau nama sebenarnya Khoirunissa, pekerjaan itu bagaimanapun cuma dilakukan pada tempoh yang sekejap cuma kerana bengkel berkenaan akhirnya terpaksa ditutup.

“Namanya pun pekerjaan sampingan. Jadi apabila bengkel tersebut terpaksa ditutup, saya kemudiannya membuka pula warung internet berdekatan dengan rumah,” katanya dalam sebuah program bual bicara, Lap0r Pak baru-baru ini.

Selain itu, ketika ditanya mengapa memilih untuk bergelar penyanyi sedangkan dirinya memiliki kemahiran lain, Nissa meng4ku dia tidak ingin menjadi seorang yang idealis.

“Saya cuma mengikut kata hati dan kebetulan menyanyi juga adalah hobi saya sejak kecil. Tetapi, minat saya juga ada pada bidang mekanikal dan menjadi usahawan. Saya sanggup buat apa sahaja demi mencari wang asalkan halal,”katanya.

Sebelum ini, Ayus Sabyan pernah berkongsi kepada pihak media mengenai pertemuan tidak sengajanya dengan Nissa semasa menghadiri majlis pernikahan seorang teman di daerah Bekasi, Jawa Barat sekitar tahun 2016.

Menurut Ayus, dia kagum dengan kemampuan menyanyi Nissa dan dari situ tawaran untuk menyertai kumpulan mereka diberikan kepadanya.

“Dia boleh membawakan lagu-lagu berirama Arab, dangdut, kasidah dan macam-macam genre lain. Jadi dari situ saya menyuntingnya untuk menjadi vokalis Sabyan Gambus,”katanya.

Dalam pada itu, Nissa juga pernah terp4lit dengan kontroversi orang ketiga dan did4kwa menjadi pvnca kepada keruntuhan rumah tangga Ayus dan isterinya, Ririe Fairus pada Mac lalu.

Perkara itu mendapat perhatian ramai dan menjadi bualan warganet dan berikutan itu Nissa memilih jalan untuk berdiam dan menyembunyikan diri daripada industri hiburan seketika waktu.

Pun begitu, menerusi program bual bicara Lap0r Pak siaran Trans 7 baru-baru ini, ia menyaksikan kemunculan pertamanya selepas kejadian kontr0versi tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @nissa_sabyan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber:utusan via nissa_sabyan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *