Guru minta pelajar untuk puji diri sendiri di hadapan cermin buat ramai tersenyum

Ramai orang percaya bahawa guru memberi pengaruh yang berkekalan seumur hidup kepada diri pelajar, kerana kebanyakan guru bukan sahaja bekerja keras untuk mengawasi gred dan pencapaian akademik pelajar, tetapi juga membentukkan peribadi yang baik dalam diri mereka.

Seorang guru dari AS ini contohnya telah membuat netizen tersenyum dengan caranya menaikkan semangat dan keyakinan dalam diri pelajar-pelajarnya.

Dalam sebuah video yang tular di Twitter, para pelajar di sekolah rendah Atlanta dilihat menjeritkan kata-kata positif pada diri mereka sendiri.

Sementara itu seorang guru memegang cermin besar dengan nota yang bertulis “Saya adalah seorang…” pada bingkai cermin di mana pelajar-pelajar perlu menyambung ayat tersebut dengan pujian untuk diri sendiri.

Seorang demi seorang, budak lelaki dan perempuan datang dengan yakin dan berkata, “Saya pintar!”, “Saya orang yang baik!” dan sebagainya sementara guru itu memberi semangat kepada mereka dari belakang cermin.

Inisiatif itu membuatkan ramai yang kagum dan meluahkan bagaimana mereka berharap mereka juga telah mendapat peluang yang sama ketika di zaman sekolah.

“Mana cikgu-cikgu macam ni masa aku tengah membesar…”

“Gambaran positif diri sendiri adalah sangat penting…”

“Mesti dia beli sendiri cermin tu…”

“Korang adalah batch paling tervk…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *