Teka-teki akhirnya terjawab… Ini 10 fakta yang perlu anda tahu mengenai Ismail Sabri, PM ke 9

SAH! Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Jumaat berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9, selaras Perkara 40(2)(a) dan dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, di mana seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Ismail Sabri (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Ismail Sabri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan perdana menteri pada 16 Ogos lalu, selepas hilang majoriti sokongan ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Kelmarin, Istana Negara menerima pencalonan Perdana Menteri daripada 220 ahli Dewan Rakyat menerusi surat akuan.

Pelantikan Ismail Sabri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Agong bertitah, menerusi pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu, kerajaan perlu meneruskan usaha memerangi pandemik Covid-19 demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara.

“Baginda menzahirkan harapan agar kemelvt politik dapat diakhiri dengan segera dan kesemua ahli-ahli Dewan Rakyat dapat mengetepikan agenda politik.

“Baginda juga mengulangi pandangan bahawa rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan ketika negara bergelut menghadapi isu kesihatan dan kemvrungan ekonomi akibat p4ndemik Covid-19,” ujar kenyataan tersebut.

Berikut adalah 10 fakta mengenai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang anda perlu ketahui:

1. Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960.

2. Mendirikan rumah tangga pada 1986 bersama pasangannya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

3. Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.

4. Anak sulungnya, Datin Nina Sabrina berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, manakala anak lelakinya, Gadaffi atau lebih dikenali sebagai Dafi merupakan penyanyi dan pelakon.

keluarga ismail sabri

Ismail Sabri (empat, kiri) bersama isteri, anak-anak, menantu dan cucu. foto instagram ninaismailsabri

5. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bangau, Temerloh, Pahang (1967), Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973) dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976). Beliau menyambung pengajian Tingkatan Enam di Jaya Akademik dan kemudiannya Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (1980).

6. Memulakan kerja sebagai peguam sebelum dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik, pada 1995 dan berpengalaman menjadi jemaah menteri sejak 2008.

7. Menjadi Ahli Parlimen Bera dari 2004 sehingga kini.

8. Menerajui lima kementerian iaitu menjadi Menteri Belia dan Sukan; Menteri Perd4gangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Pertahanan.

9. Sewaktu di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), selain menjadi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

10. Dalam parti politik, beliau bermula sebagai Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Temerloh (1987), Ketua Penerangan Umno Bahagian Temerloh (1988), Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Temerloh (1993) dan Timbalan Ketua Bahagian Temerloh (2001) serta Ketua Umno Bahagian Temerloh (2004). Kini, beliau merupakan Naib Presiden Umno.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *