“Kami Kawan Je, Tak Percaya Tanya Dia” – Fatin Afeefa Berc1nta Dengan Noki K-Clique?

Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa menafikan dirinya kini menjalin hubungan cinta dengan anggota kumpulan K-Clique, Noki.

Fatin berkata, keakraban mereka di media sosial hanyalah sekadar rakan sesama industri.

“Kami hanya berkawan saja. Kalau tak percaya boleh tanya dia.

“Saya bukan hanya balas komen dia seorang saja di Instagram. Ada juga orang lain, tapi mungkin dia lebih menarik perhatian ramai,” katanya ditemu bual di dalam program Melodi.

Menurut Fatin, sekiranya ada pihak mendoakan agar mereka disatukan, dia tidak menolak jika itu adalah jodoh terbaik buat dirinya.

“Doakan yang baik-baik sebab soal jodoh ini rahsia Allah. Mungkin dengan dia atau mungkin juga dengan orang yang saya tak pernah terfikir.

“Tapi sejujurnya hal berkaitan pasangan hidup bukan lagi menjadi satu keutamaan. Saya nak berikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak, ibu serta kerjaya.

“Terakhir barulah soal teman lelaki. Bagi saya, kalau ada jodoh, adalah,” katanya.

 

Sumber:Cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.dnq.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published.