“Beta berharap dapat disiapkan..” Titah Sultan Muhammad V ada ‘kaitan’ dengan kerajaan baru

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sekali lagi menzahirkan harapan agar projek-projek utama membabitkan infrastruktur di negeri itu dapat disiapkan mengikut jadual.

Perkara itu dititahkan dalam istiadat pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang ke-14 2021 yang dibacakan menteri besarnya Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim Kota Bharu, hari ini.

“Projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, beta berharap dapat disiapkan seperti yang dijadualkan pada tahun 2024).

“Begitu juga projek-projek infrastruktur negeri yang lain seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) “Central Spine Road” (CSR), Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai, Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB), Lembangan Sungai Kelantan dan Lembangan Sungai Golok Fasa 1 dan lain-lain dapat diteruskan bagi mencapai objektif,” titah Sultan Muhammad V.

Projek-projek tersebut antaranya diumumkan ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan persekutuan yang memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Sebelum ini pada November 2019 perkara itu sudah dititahkan baginda dengan harapan projek-projek utama itu disegerakan.

 

Sultan Muhammad V , Sultan Kelantan

Sementara itu Sultan Muhammad V berkata, kemudahan infrastruktur yang baik dan sempurna akan menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah negeri dan akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan baru.

Antara lain juga tambah baginda, kawasan industri bersepadu berasaskan Industrialised Building System (IBS) di Machang dan Bandar Perabot di Gua Musang yang dicetuskan kerajaan negeri dijangka dapat menyediakan lebih 3,000 peluang pekerjaan baru kepada penduduk setempat.

Dalam perkembangan lain Sultan Muhammad V turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan dalam memberi perkhidmatan terbaik bagi memastikan wabak Cvid-19 di Kelantan sentiasa dalam keadaan terkawal.

“Terima kasih juga kepada semua jabatan dan agensi negeri dan persekutuan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang menyalurkan bantuan bagi meringankan beban rakyat yang memang sangat terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Marilah sama-sama kita meningkatkan pemahaman dan penghayatan ajaran agama dalam kehidupan harian, bertepatan dengan dasar membangun bersama Islam. Marilah kita memohon ke hadrat Allah S.W.T agar melindungi kita, mengangkat wabak Covid-19. Sama-sama kita mohon agar kita terus bersabar dan mendapat pertolongan Allah melalui amalan solat, bacaan Al-Quran, zikir, doa dan munajat,” titah baginda.

Sultan gesa k’jaan Kelantan kerjasama dengan pusat segerakan lima projek

Kerajaan Persekutuan hari ini diminta untuk melaksanakan lima projek utama yang dijanjikan kepada Kelantan dengan segera.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah lima projek tersebut yang diumumkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3), pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, laluan baharu antara Pasir Puteh-Machang-Jeli, Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dan Jambatan Palekbang-Kota Bharu.

“Harapan beta agar kerajaan negeri dapat membantu dan bekerjasama dengan kerajaan pusat, untuk menyegerakan pelaksanaan projek-projek ini,” titah baginda sempena Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan Darulnaim, sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-50 di Istana Balai Besar di Kota Bharu, hari ini.

Baginda turut menarik perhatian tahun depan merupakan Tahun Melawat Kelantan yang bertemakan ‘I Love Kelantan’ atau ‘Kelantan di Hati’ dengan elemen ‘Keluarga, Makanan dan Festival (3F) dengan sasaran kemasukan 5.5 juta pelancong.

“Pada hemat beta, tema ini bertepatan dengan hasrat kerajaan beta yang ingin menarik perhatian pelancong berkunjung ke negeri ini, di samping dapat menikmati makanan dan menyaksikan pelbagai acara serta festival menarik yang disusun,” titah baginda.

Sumber : MK

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://ournewslive.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.