“J4ngan Sampai Saya Ambil Tind4kan Und4ng-Und4ng” – Sheila Rusly

Beberapa hari lepas, pelakon Sheila Rusly telah menerima ahli keluarga baru dimana anaknya Uzair haqimy telah selamat zaman bujangnya bersama Elisya Sandha.

Namun, ada pula berita yang kurang enak didengar saat mereka sekeluarga sedang bahagia ini dimana ada pihak yang cuba ungkit kisah lama dan mula menabur fitnah.Ia tak benar – Sheila Rusly

Menerusi perkongsian Sheila di Instagram, satu foto memperlihatkan ada sebuah laman Facebook memberikan satu kenyataan yang bebaur fitnah yang dikaitkan dengan aktres Janna Nick.

Dalam perkongsian tersebut, ia kaitkan perkahwinan anaknya ini dengan disebabkan aktres tersebut menolak perlawaan Sheila untuk dijodohkan dengan Uzair.

Bengang dengan dakwaan itu, Sheila meminta untuk segera menghentikan dakwaan fitnah itu supaya tidak dikenakan tind4kan undng-undng.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

“Jangan sampai saya ambil tindkan undng-undng. Diam saya tak bermakna kami kalah.”

Dalam pada itu, Sheila juga mencabar mana-mana pihak yang menabur fitnah itu untuk tunjukkan bukti dan sedia untuk berdepan.

Sheila juga meminta agar pihak-pihak lain agar berhenti daripada melakukan spekulasi ini.

“Cukup-cukuplah menabur fitnah! banda lain saya boleh tolak tepi tapi ini maruah keluarga saya. Ramai blogger di Facebook memanjangkan isu ini dengan berkongsi fitnah tersebut. Ia tidak benar!” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, suami kepada Sheila Rusly, Jinggo mengatakan bahawa fitnah sedemikian rupa telah menggores hati menantunya.

“Dengan nama Allah kenyataan awak adalah dusta dan fitnah serta menggores hati menantu saya juga marvah keluarga dan menantu saya.”

“Sebelum surat saman saya sampai pada awak…percayalah syurga dan ner4ka itu benar kecuali awak dilahirkan tanpa ag4ma.”

Anak sulung kepada pelakon itu selamat disatukan dengan pelakon Slisya Sandha di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor 21 Ogos lepas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.