Remy Ishak tak ‘rushing’ fikir soal anak, pand3mik belum reda – “Dua tahun akan datang kita relaks dahulu”

STATUS sebagai suami orang tidak menghalang pelakon Remy Ishak untuk terus berkarya dalam bidang lakonan sekali gus menghiburkan para peminatnya.

Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, dia menyedari ramai dalam kalangan selebriti mengambil keputusan untuk bersara selepas berkahwin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Bagaimanapun pelakon berusia 39 tahun itu tetap akan berada dalam dunia seni kerana ia merupakan minat yang sudah tertanam dalam dirinya.

“Saya ada terima banyak pertanyaan mengenai perkara itu (bersara). Saya tahu ada saja rakan selebriti yang ambil keputusan berhenti selepas berkahwin.

Remy Ishak and Ezza Yusof are now a married couple. Photo: riseandwin.asia/Instagram

Remy pilih Ezza Yusof sebagai suri hatinya.

“Tapi kalau orang bertanya, saya akan jawab yang saya takkan berhenti daripada dunia lakonan sebab ia adalah minat saya… saya minat berkarya dalam movie.

“Itu saja waktu yang saya boleh lari daripada dunia nyata dan saya rasa enjoy. Jadi, saya akan terus berada dalam dunia seni dan berkarya,” katanya kepada mStar.

Pelakon Pujaan Hati Kanda itu selamat bergelar suami kepada Ezza Yusof dengan sekali lafaz pada 21 Ogos lalu.

 

Dunia pun tak stabil lagi sekarang begitu juga ekonomi dan situasi politik negara.

REMY ISHAK

PELAKON

Majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung secara sederhana dan tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Dalam pada itu, pelakon drama Keluarga Baha Don ini memberitahu dia dan isterinya tidak mempunyai perancangan dalam soal zuriat.

Melihat perkembangan pand3mik c0v1d-19 yang terus melanda dunia, Remy berasakan kini bukanlah waktu yang sesuai untuk dia mendapatkan cahaya mata.

Remy 1

Remy dan Ezza tidak mempunyai perancangan dalam soal zuriat.

“Dunia pun tak stabil lagi, begitu juga ekonomi dan situasi politik negara. Sepanjang tempoh dua tahun akan datang kita relaks dahulu.

“Tak perlu nak memikirkan soal anak-anak. Tapi kalau Allah kurniakan, Alhamdulillah… kami terima sahaja rezeki yang datang.

“Tapi untuk ada lebih daripada tiga orang anak dalam tempoh lima tahun, ia tak mungkin akan berlaku,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.