Satu-Satunya Manusia Yang Boleh Kawal Nabila Huda, Tak Paksa Berubah Dan Terima Seadanya

Pelakon dan pengacara terkenal, Nabila Huda menitipkan pujian buat suami tercinta, Mohd Izwan Johar sempena kelahirannya yang ke-38.

Menerusi entri Instagram, pelakon filem Munaf1k 2 itu memuat naik satu video yang memaparkan gelag4t suami kesayangannya itu sepanjang bersamanya.

Menurut Nabila, dia menyifatkan dirinya sangat bertuah dikurniakan pasangan hidup yang dapat menerima baik burvknya serta mempunyai sifat kesabaran yang tinggi.

Tambahnya juga, Izwan adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami serta seorang bapa.

“Satu-satunya manusia di bumi yang boleh mengawal saya tanpa mengeluh, marah atau cemburu. Dia juga adalah satu-satunya orang yang tidak pernah memaksa Nabila Huda untuk berubah dan terima saya seadanya.

“Seterusnya, dia tidak pernah menilai saya. Buruk atau baik, dia sentiasa senyum. Dia adalah lelaki yang paling penyabar serta paling sopan santun apabila bercakap dengan orang. Sangat merendah diri.

“Tidak pernah sekali dia meninggikan suara. Saya berubah menjadi seorang yang lebih baik oleh kerana dia. Tanpa dia suruh, tanpa memaks4. Dalam tidak sedar, saya ikut cara awak,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Mengulas lanjut, pengacara rancangan Melodi itu turut mengakui secara tidak langsung suaminya banyak mengubah cara hidupnya selama mereka berkahwin.

“Awak telah banyak mengubah saya. Awak mengubah gaya hidup saya. Dia memasak untuk saya dan semua kerja rumah dia buat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

“Dia adalah lelaki yang menjalankan tanggjungjawab sebagai seorang suami dengan betul. Saya bersyukur kerana adanya awak dalam kehidupan saya, sayang.

“Terima kasih kerana menjaga saya dan Keisha dengan baik. Dulu saya selalu berdoa untuk hidup dalam keserdahanaan, tapi ada keluarga yang sempurna dan bahagia. Allah makbulkan doa saya,” coretnya panjang di Instagram

 

Sumber:Cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.dnq.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published.