“Putra mana Putra…”- Penat Panggil Nama Pelanggan, Gelag4t Barista Ini Bikin Trhibur

Sudah menjadi kebiasaan apabila memesan minuman di kafe atau kedai minuman untuk pelanggan memberi nama mereka kepada barista agar mudah untuk mereka dipanggil setelah minuman siap. Nama pada bekas minuman juga mengelakkan minuman yang dipesan tertukar dengan orang lain.

Seperti yang dapat disaksikan dalam sebuah video yang tul4r ini, seorang barista perempuan membuka tingkap kaunter untuk memanggil pelanggan bernama Putra kerana minuman yang dipesannya sudah siap.

Gadis itu memanggil beberapa kali namun tiada siapa yang datang untuk mengambil minuman Hot Matcha tersebut, jadi dia kembali ke tugasnya.

5 minit kemudian pekerja lain pula yang pergi ke kaunter untuk memanggil si Putra agar mengambil minuman Hot Matcha tersebut namun masih tiada yang datang. Malah barista lelaki itu sehingga memanjat kaunter dan mengeluarkan kepalanya untuk mencari siapa pemilik minuman berkenaan.

Dia kemudian bertanya kepada dua pelanggan yang duduk berhampiran kaunter adakah salah satu antara mereka bernama Putra. Apabila mereka menjawab tidak lelaki itu menyuruh mereka mengambil sahaja minuman itu kerana dia sudah penat.

Perkongsian video tersebut ternyata membuat ramai gel1 hati dengan gelag4t barista itu.

“Putra mana putra…”

“Bikin emosi aja…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.