
Siapa sahaja yang dapat menafikan kemerduan suara Misha Omar ini? Popular menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta, Tanpa Rela, Dedebu Cinta dan banyak lagi, Misha Omar adalah antara penyanyi yang berbakat besar serta bijak membawa diri dalam industri hiburan tanah air.
Sempena Kemerdekaan ke-64 tahun ini, Misha Omar menyanyikan semula sebuah lagu patriotik popular berjudul Bahtera Merdeka. Umum sedia tahu, suara milik penyanyi ini bukan calang-calang. Lengg0k dan cara nyanyiannya memang luarbiasa dan sering dipuji ramai.
Menerusi perkongsian lagu Bahtera Merdeka dari Misha Omar di Instagram milik penyanyi ini, ramai yang meninggalkan kata pujian kepada anak kelahiran Kelantan ini. Jom dengarkan suara nyanyian penyanyi wanita ini menerusi lagu Bahtera Merdeka yang dimuat naik di Instagram milik Misha Omar sendiri seperti berikut:
Lagu Bahtera Merdeka dari Misha Omar ini memang mendayu-dayu dan menusuk ke jiwa! Sedap betul suara Samihah @ Aisah Omar ini. Perkongsian video nyanyian selebriti ini telah meraih lebih 20 ribu tontonan dan dua ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
View this post on Instagram
“Terus rasa syahdu dengar Kak Mitch nyanyi”
“Mahal lagu ni sebab jarang dengar Misha Omar nyanyi genre ni”
“Sedap dan merdunya suara..Mendayu2 menusuk kalbu”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : HCL