“Belum Ada Rezeki Timang Anak”- Izzue Islam Bahagia Hadiahkan Isteri Rumah Idaman

Setiap pa$angan berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina. Mana tidaknya, kehadiran zur1at tentu akan menambah bibit bahagia buat pasangan suami isteri dalam mel4yan telatah dan ragam mereka.

Namun, tidak semua pasangan diberi peluang untuk memiliki zuriat sendiri. Namun, sebagai manusia kita perlulah berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan-Nya.

Jun depan, genap sembilan tahun usia perkahwinan pelakon dan penyanyi kacak, Izzue Islam dengan isteri tercinta, Nurin Afilah Waharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Awin.

Walaupun belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata, pasangan ini tetap tabah dan bahagia dengan perkahwinan mereka.

Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan penyanyi Izzue Islam menjadi perhatian meluahkan rasa syukur apabila diberikan rezeki untuk memiliki rumah sendiri bersama isterinya, Awin Nurin.

Pasangan itu tervja berkongsi momen menjejakkan kaki di rumah pertama mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Berkongsikan video di aplikasi TikTok, Izzue turut merakamkan momen ketika mendapat kunci rumah idamannya itu di sekitar Eco Grandeur di Puncak Alam, Selangor.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan itu. Malah, ramai yang memuji Izzue dan isteri setia bersama biarpun belum diberikan rezeki zuriat lagi. Malah, netizen turut memuji Izzue adalah suami contoh kerana sentiasa menggembirakan hati isterinya.

Terdahulu pasangan ini ada meminta peminat untuk mendoakan agar mereka dikurniakan zuriat suatu hari nanti.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Untuk rekod, Izzue dan Awin Nurin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.

 

Sumber: IG Izzueislam

Leave a Reply

Your email address will not be published.