Manis Bertudung Litup. Ramai Kagum Lisa Surihani Banyak Sertai Majlis Ilmu

Sungguh hidayah itu milik Allah dan Dia berhak memberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki. Siapa dan bagaimana kisah silam seseorang itu, bukan atas kefahaman dan hak untuk kita menilainya.

Sama seperti selebriti lain, isteri kepada Datuk Yusry ini juga turut berhijrah ke arah yang lebih diredhai.

Terbaru, pemilik nama Lisa Surihani Mohamed itu sekali lagi mencuri tumpuan apabila menghadiri majlis pengisian ilmu yang dikendalikan oleh penceramah ustaz Wadi Anuar di rumah Datuk Seri Nurhaliza.

Pelakon berusia 36 tahun itu memuat naik video memaparkan dirinya dari menjejakkan kaki keluar rumah sehingga sesi ceramah selain beramah mesra dengan rakan selebriti lain.

“Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu, Al-Hudaa (petunjuk), At-Tuqaa (ketaqwaan), Al-‘Afaaf (terjaganya kehormatan) dan Al-Ghinaa (rasa cukup)
“HR Muslim No 2721 dari sahabat Abdullah bin Mas’ud RA,” tulis isteri kepada pengarah, pelakon, dan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim itu dengan berkongsi sebuah hadis.

Tampil sopan dengan kaftan labuh berwarna Maroon, imej menutup aurat pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu seolah-olah memukau pandangan mata yang melihatnya.

Rata-rata netizen memuji penghijrahan Lisa yang semakin berusaha menimba ilmu dan mendekatkan diri pada Sang Pencipta sekali gus dapat memperbaiki diri sebagai hambaNya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani)

Alhamdulillah, ramai artis dah berubah

 

Sumber: Ig Lysa Surihani

Leave a Reply

Your email address will not be published.